Sunday, January 11, 2009

Pelajar Ting 4KJ

Terlebih dahulu, tahniah kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang baru sahaja mendapat keputusan PMR yang cemerlang. Bagi yang gagal, jadikan ini sebagai pengajaran bahawa bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa. Bagi yang berjaya, jadikan ini sebagai satu motivasi bagi membentuk satu semangat supaya dapat terus mencipta kejayaan demi kejayaan. Ingat.. jangan sesekali kita leka atau terus dibuai mimpi sehingga membuatkan kita lupa matlamat & impian yang hendak dicapai.
Seterusnya, saya mengalu-alukan pelajar-pelajar Ting 4KJ sesi 2009/2010. Tunjukkanlah sikap yang positif & tanamkan semangat yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda.

No comments:

Post a Comment